MUAR: Dua penumpang bas ekspres cedera selepas kenderaan itu melanggar belakang sebuah treler di KM 152.4 Lebuhraya PLUS arah selatan dalam kejadian pagi ini. Pemandu bas ekspres dan 23 penumpang yang lainnya terselamat dalam nahas itu. Turut terselamat pemandu dan kelindan treler. Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan menghala ke Johor Bahru. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, PPgB Mohd Farizan Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada…