GUA MUSANG: Seorang bapa Orang Asli dari Kampung Redip, Pos Hau di sini terkejut selepas anak perempuannya disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran pada usia 29 tahun. Rosmawati Anjang disahkan sebagai OKU semasa Program Kembara Merdeka Be Ades Ma yang membabitkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kakitangan kesihatan turun padang bagi memberikan khidmat kepada penduduk Orang Asli di pedalaman di sini,…