Banyak mahu diceritakan, tapi biarlah komen mewakili - Abby Abadi

Banyak mahu diceritakan, tapi biarlah komen mewakili – Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas memuat naik perkongsian mengenai anak perempuannya, Marissa Dania.

Bagai memendam seribu satu rahsia, Abby hanya mampu mengharapkan agar ada pelangi yang indah mewarnai kehidupan anaknya, Marissa yang sebelum ini memilih jalan untuk berpoligami.

“Selamat malam dunia tipu-tipu. Semoga ada yang lebih baik menanti esok hari,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Pun begitu, anggota kumpulan Elite itu tidak merungkai maksud tersirat disebalik hantaran tersebut malah bersetuju dengan saranan netizen yang mahu Marissa membina kehidupan baharu.

“Rasanya banyak yang mahu diceritakan, tapi cuma bisa bilang biarlah komen-komen ini mewakili,” katanya lagi.

Dalam hantaran tersebut, Abby turut berkongsi tangkap layar komen netizen yang meminta puteri kesayangannya itu terus mencari kebahagiaannya sendiri tanpa mengharapkan kasih sayang seorang lelaki yang sudah mempunyai keluarga.

“Marissa, awak cantik. Kenapa tidak cari kebahagiaan hak milik awak seorang saja? Saya tidak salahkan awak sebab bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi,” kata seorang netizen.

“Kalau tidak bahagia, melangkahlah cari yang lebih baik untuk kebahagiaan sendiri,” kata netizen itu lagi.

“Seriuslah, perempuan secantik ini korbankan segalanya demi lelaki yang tidak berapa nak baik,” kata seorang lagi pengguna media sosial.

Sejak kebelakangan ini, Marissa dilihat sentiasa memuat naik perkongsian dirinya menjalani kehidupan tanpa suaminya, Ahmad Aslam di sisi.

Malah, Aslam pula dilihat bahagia menayang kebahagiaan bersama isteri pertama, Umisya Mazlan setiap kali membuat siaran langsung dan konten di media sosial.

Situasi tersebut secara tidak langsung mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet selain mempersoalkan status rumah tangga Aslam dan Marissa.

Untuk indo, Marissa selamat bergelar isteri kedua kepada Aslam selepas berkahwin di Songkla, Thailand pada Disember 2023. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN