Australia mengalu-alukan lebih banyak pelajar dari Malaysia

Australia mengalu-alukan lebih banyak pelajar dari Malaysia

australia
Danielle Heinecke,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Australia meningkatkan bilangan tempat untuk pelajar antarabangsa tahun depan serta memperkenalkan langkah baharu untuk meningkatkan bilangan pelajar dari Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain.

Di bawah rangka kerja baharu itu, Tahap Perancangan Negara sebanyak 295,000 tempat pelajar antarabangsa akan diperkenalkan untuk 2026.

Ini mewakili peningkatan sembilan peratus daripada 270,000 tempat pada 2025.

Ini bermakna universiti awam Australia akan dapat memohon untuk menambah peruntukan pelajar antarabangsa mereka untuk 2026, dengan menunjukkan peningkatan penglibatan dengan Asia Tenggara, melalui tawaran pendidikan, perkongsian, kampus, alumni dan biasiswa mereka.

Sebagai sebahagian daripada pembaharuan, universiti juga dikehendaki menyediakan penginapan tambahan untuk pelajar tambahan bagi memastikan kedua-dua pelajar domestik dan antarabangsa mempunyai akses kepada perumahan  yang selamat dan terjamin.

Perubahan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Australia untuk membina hubungan yang lebih kukuh dengan Asia Tenggara, selaras dengan strategi Invested: Strategi Ekonomi Asia Tenggara Australia hingga 2040.

Peluang untuk pelajar Malaysia

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia,  Danielle Heinecke, yang menyambut baik pengumuman kerajaan negaranta itu berkata, kerajaan Australia mengutamakan Asia Tenggara.

“Ini berita baik untuk pelajar Malaysia yang mahukan pendidikan Australia berkualiti tinggi dan pengalaman pelajar,” kata Heinecke.

“Malaysia dan Australia sudah lama berkongsi dalam pendidikan tinggi, dengan hubungan institusi yang kukuh, mobiliti pelajar, dan rangkaian alumni yang dibina selama beberapa dekad.

Kira-kira 500,000 rakyat Malaysia telah belajar dengan penyedia pendidikan bertaraf dunia di Australia.

“Empat universiti Australia – Universiti Monash Malaysia, Universiti Curtin, Universiti Teknologi Swinburne dan Universiti Wollongong – mengendalikan kampus di Malaysia, mencerminkan kekuatan hubungan pendidikan kami.

“Australia kekal sebagai salah satu destinasi paling popular untuk pelajar Malaysia dengan lebih 13,000 rakyat Malaysia kini belajar di Australia.

“Usaha baharu untuk meningkatkan bilangan pelajar akan mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat dan menggalakkan lebih banyak pelaburan di Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN