Artis sertai jemaah tabligh sekadar ‘wayang’ - Utusan Malaysia

Artis sertai jemaah tabligh sekadar ‘wayang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Awal-awal Cik Bunga hendak minta maaf. Cik Bunga tidak maksudkan semua artis atau mana-mana selebriti yang menyertai jemaah tabligh itu semua menyimpan modus operandi sama iaitu sekadar bermain ‘wayang’ di hadapan masyarakat demi nampak diri suci.

Kalau ada terasa, Cik Bunga minta maaf. Tetapi teguran harus diberikan kepada yang melakukan perkara ini, terutama kepada spesifik artis yang Cik Bunga dapat tahu buat perkara begini.

Hendak sertai jemaah tabligh, bagus pada Cik Bunga. Sekurang-kurangnya itu cara masing-masing dalam usaha hendak mendekatkan diri dengan Tuhan dan belajar ilmu agama. Mahu betulkan diri? Itu juga bagus dan satu amalan yang harus dipuji.

Tetapi, kalau kerana semata-mata mahu menunjukkan diri kononnya mahu berubah tetapi hakikatnya selepas pulang ke rumah masih melakukan perangai yang sama, tidak senonoh, haluan persis lelaki barat, Cik Bunga nasihatkan berhentikan mencemarkan nama baik jemaah tabligh.

Tidak sangka, ada juga manusia tergamak buat perkara begitu, main wayang demi raih simpati dan sokongan masyarakat, sedangkan dialah dayus apabila tiba bab rumah tangga, isteri dan anak-anak.

Cik Bunga tidak berkenan dengan lelaki begini. Hidup bermuka-muka, nampak baik, walhal tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada anak-anak diabaikan sambil tersenyum lebar tanda ‘bangga’.

Mana tidaknya, macam bangga sahaja hidup persis ‘mat salleh’. Entah-entah, mat salleh pun tidak begitu sangat. Dia pula terlebih kebaratan macam diri itu lahir di New York.

Pada pendapat Cik Bunga, mana-mana individu yang mahu sertai jemaah tabligh, betulkan semula niat diri itu. Tanya semula pada diri, adalah ikhlas mahu memperbaiki diri dan menimba ilmu agama.

Bukan hendak suruh jadi ustaz pun. Tetapi asalkan dapat mengubah diri menjadi insan lebih baik dengan menyemat ilmu agama di dada, itu cukup bagus.

Ini tidak. Balik dari tabligh, masih ukur jalan masuk ke semua kelab malam di tengah bandar, macam mana pula itu? Apalah hendak jadi dengan artis itu ya…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN