Anwar terima Deklarasi Kuala Lumpur Malindo-Madani

Anwar terima Deklarasi Kuala Lumpur Malindo-Madani

ANWAR Ibrahim melihat deklarasi Kuala Lumpur Malindo - MADANI pada Majlis Cendekiawan MADANI Malaysia - Indonesia (Malindo MADANI) 2025 di Masjid Putra, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni seramai 40 cendekiawan Indonesia di Masjid Putra, di sini hari ini.

Mereka yang bernaung di bawah Majlis Cendekiawan Madani Malaysia – Indonesia (Malindo Madani) 2025 itu turut menyerahkan Deklarasi Kuala Lumpur Malindo – Madani kepada Anwar.

Dokumen deklarasi itu diserahkan oleh Pengerusi Pusat Dialog dan Kerjasama antara Tamadun Indonesia,
Indonesia, Prof. Dr. M. Din Syamsuddin selepas solat Jumaat, hari ini.

Anwar ketika ditemui berkata, beliau menyifatkan deklarasi itu sebagai rangkuman terbaik yang disediakan oleh cendekiawan di kedua-dua negara.

“Ia rangkuman (deklarasi) sangat baik,” katanya.

Sementara itu, Dr. M. Din berkata, pihaknya mendokong prinsip Madani yang dibawa Malaysia oleh Perdana Menteri.

Menurutnya, gagasan Madani ini diharap akan menjadi solusi kepada dunia Islam.

“Maka deklarasi ini saya serahkan kepada Perdana Menteri (Anwar) hari ini,” katanya.

Deklarasi Kuala Lumpur Malindo – Madani mengandungi lima aspek iaitu mengembangkan memanfaat potensi peradaban Melayu -Islam; keseimbangan alam sekitar mengatasi pertumbuhan eksploitasi dan pemulihan keseimbangan psikologi individu dan masyarakat.

Selain itu, aspek lain termasuk mengembalikan sektor halal dan kewangan Islam kepada faham ekonomi yang adil dan secocok fitrah serta dunia yang meraikan kepelbagaian peradaban.

Deklarasi ini telah dimeterai bersama antara cendekiawan Malaysia dan Indonesia ketika Majlis Malindo Madani yang berlangsung bermula pada hari ini hingga 24 Ogos ini di Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN