Anak Rafizi diserang, polis buru dua lelaki

Anak Rafizi diserang, polis buru dua lelaki

Mesej ugutan
SHAZELI KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan dua individu selepas dipercayai menyerang anak bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli di sebuah pusat beli belah di Putrajaya hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, beberapa tindakan telah diambil termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian untuk diteliti.

“Ya, saya sahkan kejadian itu. Mangsa telah diserang secara fizikal oleh orang yang tidak dikenali

“Kita juga sedang mendapatkan keterangan saksi dan petunjuk yang ada di kawasan kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, anak kepada pemimpin politik berkenaan berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital.

“Anaknya yang berusia 12 tahun itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN