PETALING JAYA: Beberapa negeri dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 1 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, negeri-negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.
Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Orang ramai turut disarankan untuk menangguhkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini.
“MetMalaysia akan terus memantau situasi cuaca semasa dan mengeluarkan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya. – UTUSAN









