PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga pukul 9 malam ini.
Di utara tanah air, kawasan yang dijangka terjejas termasuk Perlis dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) serta Perak (Hulu Perak, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
Di pantai timur, ribut petir dijangka melanda Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu, dan beberapa kawasan di Pahang termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh.
Sementara itu, keadaan cuaca buruk turut diramal di Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit, Bukit Mabong, Beluru, Miri, Marudi dan Limbang), Sabah (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Tawau, Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Wilayah Persekutuan Labuan.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.
Amaran ribut petir ini merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk setiap keluaran. – UTUSAN










