Amanah gesa tidak politikkan kematian Zara Qairina

Amanah gesa tidak politikkan kematian Zara Qairina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru semua pihak menghentikan spekulasi dan retorik politik berhubung kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, demi menghormati perasaan dan maruah keluarganya.

Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan berkata, keluarga mangsa kini melalui fasa yang amat perit dan wajar diberikan ruang tanpa gangguan.

“Kami memberikan sepenuh kepercayaan kepada pasukan khas polis untuk melengkapkan siasatan secara menyeluruh, telus dan bebas,” katanya semasa sidang akhbar di Bangunan Parlimen, hari ini.

Kenyataan itu disokong oleh Sany Hamzan (Hulu Langat), Azli Yusof (Shah Alam) dan Suhaizan Kaiat (Pulai).

Aminolhuda berkata, Kerajaan Madani komited memastikan siasatan telus tanpa mengira siapa yang terlibat, seperti ditekankan Perdana Menteri.

“Tiada sesiapa boleh berada di atas undang-undang. Kami akan terus memantau perkembangan kes ini demi keadilan untuk mangsa dan ahli keluarganya,” katanya.

Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah di Papar, sebelum ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran, kira-kira pukul 4 pagi.

Arwah kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN