PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dipersembah maklum mengenai isu-isu semasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keselamatan. Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail di Istana Bukit Tunku, Ibu Negara, hari ini. “Yang di-Pertuan Agong dipersembah maklum tentang isu-isu semasa PDRM dan keselamatan,” kata hantaran tersebut. Ketibaan Mohd. Khalid turut diiringi Pengarah Cawangan Khas PDRM, Datuk Ibrahim Darus…










