Afgan lebih kacak, jangan bandingkan saya dengan sesiapa - Badron Munirah - Utusan Malaysia

Afgan lebih kacak, jangan bandingkan saya dengan sesiapa – Badron Munirah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pempengaruh, Badron Munirah enggan dirinya disamakan dengan penyanyi terkenal Indonesia, Afgan.

Menurut Badron, kehadirannya menwarnai industri seni tanah air adalah kerana bakat yang dimiliki malah, dirinya lebih selesa sekiranya dikenali dengan identiti tersendiri.

“Mungkin ramai yang nampak saya sama seperti Afgan. Tetapi saya sendiri tidak nampak dimana persamaannya. Afgan lebih kacak.

“Bukan tidak mahu atau tidak selesa apabila dibandingkan. Tetapi, kalau boleh jangan bandingkan saya dengan sesiapa kerana saya tidak suka perbandingan.

“Biarlah orang mengenali diri saya kerana diri saya sendiri tanpa perlu dibayangi orang lain,” katanya.

Badron berkata demikian ketika ditemui pada sesi bersama pelakon drama Putri & Phrince di Pavilion Bukit Bintang, baru-baru ini.

Mengulas mengenai drama Putri & Phrince, Badron bersyukur apabila pengarah naskhah tersebut, Liyana Jasmay memilihnya untuk menjadi watak utama menerusi siri terbutan Viu itu.

“Sebagai pendatang baharu, saya sangat bersyukur diberi peluang membintangi drama Putri & Phrince. Saya bersyukur kerana Liyana Jasmay sudi mencungkil bakat yang ada meskipun bernasib baik dipilih kerana rupa paras yang saya miliki.

“Ini merupakan kali pertama bawa watak utama. Kena marah dengan pengarah itu saya tak dapat elak pada awalnya.

“Tetapi lama kelamaan saya sudah dapat apa yang diingankan oleh Liyana Jasmay,” jelasnya.

Selain Badron, drama Putri & Phrince yang mula ditayangkan 21 Ogos lalu turut dibintangi Nesa Idrus, Adriana Adnan, Farah Nadiah dan Khayrisyah Kemal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN