Ada unsur penderaan ketara kes bayi maut di Terengganu

Ada unsur penderaan ketara kes bayi maut di Terengganu

MOHD. Khairi Khairuddin (tengah) menyaksikan pertukaran tugas antara  Asisten Komisioner Polis Arsad Kamaruddin (dua dari kiri) kepada Suffian Sulaiman (dua dari kanan) pada Majlis Serah Tugas Timbalan Ketua Polis Terengganu di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terdapat unsur penderaan ketara dalam kes kematian membabitkan bayi lelaki berusia setahun 11 bulan di Kampung Banggol, Manir, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, pemeriksaan mendapati, terdapat kesan lebam di seluruh badan mangsa manakala laporan bedah siasat mengesahkan berlaku pendarahan di kepala.

Beliau berkata, setakat ini polis merakam keterangan empat saksi termasuk dua suspek iaitu bapa kandung dan ibu tiri mangsa selain seorang doktor dan jururawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang merawatnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Insiden ini berlaku di dalam rumah, ketika itu hanya mangsa, suspek lelaki dan wanita serta abang mangsa berusia tiga tahun berada di rumah. Mungkin selepas ini kita akan ambil keterangan ibu kandung mangsa yang berada di Johor. 

“Siasatan mendapati suspek lelaki dan wanita itu baru enam bulan berkahwin dan mereka juga tidak bercampur dengan jiran,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Terengganu di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini, hari ini.

Majlis itu menyaksikan bekas Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Suffian Sulaiman dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu yang baharu.

Mohd. Khairi berkata, polis masih menunggu laporan perubatan mangsa bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Kata beliau, pemeriksaan kesihatan terhadap abang mangsa turut dilakukan dan mendapati tiada unsur penderaan.

Media semalam melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun 11 bulan meninggal dunia di HSNZ selepas empat hari dimasukkan ke wad disyaki akibat didera. Susulan itu, dua suspek iaitu bapa kandung dan ibu tiri direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini