KUALA LUMPUR: Sebanyak 7,681 kes salah laku buli direkodkan di sekolah bawah Kementerian Pendidikan (KPM) sepanjang tahun lalu. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, daripada jumlah itu, 1,992 kes melibatkan sekolah rendah, manakala 5,689 kes berlaku di sekolah menengah berdasarkan data Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). “Bagi memperkukuh langkah pencegahan, KPM kini sedang menggubal semula Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) bawah Akta Pendidikan 1996. “Ia bagi memastikan penguatkuasaan lebih berkesan dan memberi…