PETALING JAYA: Seramai 215 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara pada Jumaat dan Sabtu lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk. M Kumar berkata, operasi dilaksanakan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman bersama kontinjen negeri memberi tumpuan kepada pusat hiburan tanpa lesen. “Daripada 87 premis yang diperiksa, sebanyak 66 dikesan beroperasi tanpa lesen sah.…