BINTULU: Seorang lelaki melecur 20 peratus dalam kebakaran yang memusnahkan 19 buah rumah setinggan di tebingSungai Batang Tatau, di sini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata. kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 10.08 pagi tadi itu turut menyebabkan seramai 79 orang hilang tempat tinggal. “Sebanyak 17 buah rumah terbakar 100 peratus dan dua buah rumah berdekatan dilaporkan terbakar 20 peratus akibat bahang api serta terpaksa dirobohkan bagi menghalang kemerebakan api. …