16 bayi 'merdeka' lahir di HRPZ II - Utusan Malaysia

16 bayi ‘merdeka’ lahir di HRPZ II

NIK Mohd. Na’im Yusof (kiri) menyerahkan sumbangan kepada ibu yang melahirkan anak sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-67 di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan-IHSAN HRPZ II
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 16 bayi dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 hari ini.

Kelahiran tersebut melibatkan 11 orang bayi lelaki dan lima orang bayi perempuan yang lahir bermula dari pukul 12 tengah malam sehingga 10 pagi tadi.

Pengarahnya Dr. Izamin Idris berkata, bayi pertama di lahirkan pada pukul 12.40 pagi.

“Kelahiran bayi perempuan itu disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran oleh seluruh warga kerja HRPZ II. Ia bukan sahaja satu momen bersejarah buat keluarga malah menyuntik semangat patriotisme dan cinta negara dalam kalangan rakyat.

“Kami di HRPZ II amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada detik bermakna ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Rohani Ibrahim dan Ketua Unit Pembiayaan Bank Rakyat Cawangan Kota Bharu Nik Mohd. Na’im Yusof.

Sementara itu, seorang ibu kepada bayi merdeka Syamimi Afiqah Shuhairi bersyukur diatas kelahiran cahaya matanya yang jatuh pada ulang tahun kemerdekaan negara.

“Saya amat bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar dan bayi berada dalam keadaan sihat. Saya tidak menyangka akan melahirkan anak pada Hari Kebangsaan. Ia menjadi kenangan yang sangat istimewa buat kami sekeluarga. Semoga anak ini membesar menjadi insan berguna dan mencintai negara,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN