13 warga Thailand diikat jamin atas kesalahan dadah 

13 warga Thailand diikat jamin atas kesalahan dadah 

SEKUMPULAN 13 warga Thailand dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. - -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini hari ini  mengeluarkan ikat jamin terhadap sekumpulan 13 warga Thailand atas kesalahan memasuki dadah di dalam badan.

Tuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood dan Iffah Nabihah Mohd. Ishak, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan dan satu tarikh sebutan semula dimohon bagi mendapatkan jurubahasa.

Tertuduh ialah Suktida, 31, Namthip, 37, Kanchula, 32, Dueanphen, 35, Pornphan Phutkon, 43, Supattra Khrueaphiakul, 31, Chuthamas Thanom, 23, Sasiphaphon Phomnam, 29, Kanchana Srisak, 26,  Yanutcha Leelanoi, 42, Supassara Phengjaem, 26, Ketkaeo dan Yanutchaleelanoi. 

Lapan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 manakala empat lagi dikenakan jaminan RM6,000 dan seorang diikat jamin sebanyak RM5,000. Mahkamah memutuskan kesemua tertuduh perlu menggunakan dua orang penjamin tempatan manakala pasport antarabangsa perlu diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melaporkan diri setiap bulan di balai polis berhampiran.

 Menurut fakta kes pada 20 Julai lalu kira-kira 7 pagi di tandas pusat hiburan Second Home Restoran Jalan Kampung Tiong, didapati semua tertuduh memasukkan dadah disyaki jenis Methamphetamine ke dalam badan sendiri.

Oleh yang demikian semua melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 Akta yang sama. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya sekali dan diikuti pengawasan seperti di Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (PINDAAN 2002). – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×