Kerjasama penting demi kestabilan

Kerjasama penting demi Sabah

KHAIRUL FIRDAUS AKBAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rundingan antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS)  Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) amat diperlukan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bukan hanya untuk memperkukuhkan kedudukan semua parti di negeri itu malah negara ini.

Ahli GRS, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, rundingan bersama itu juga sudah tentu sekali gus dapat meneruskan dasar dirancang kerajaan negeri demi kepentingan masyarakat. 

Katanya, jika kepemimpinan ketiga-tiga parti tidak dapat mencapai kata sepakat, beliau melihat ada kewajaran urusan perundingan itu diserahkan kepada ahli-ahli parti yang lebih muda.

“Sememangnya rundingan itu perlu kerana apa yang penting, kita hormati Kerajaan Perpaduan. 

“Jadi ‘beliau-beliau’ di atas ini bincanglah secara baik, kalau tidak boleh bincang, bagi yang baru-baru (pemimpin muda)  ini bincang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia

Pada 18 Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerminkan pertemuan antara Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor sebagai kematangan politik demi kestabilan negara khususnya dalam konteks hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Sabah.

Khairul Firdaus yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Budaya berkata, semua pihak perlu menyedari kerjasama ini bukan hanya terbatas kepada hubungan dengan kerajaan Pusat semata-mata. 

Sebaliknya, ia turut melibatkan semua pihak baik di peringkat negeri, Persekutuan, mahupun pelbagai sektor. 

“Kerjasama erat akan memudahkan pelaksanaan setiap perancangan yang dirangka. Jika kita terpaksa berdepan dengan pelbagai kekangan tanpa sokongan yang padu, sudah tentu segala perancangan itu akan terganggu atau terbantut,” katanya. 

PRN Sabah dijangka berlangsung dalam waktu terdekat apabila parti-parti utama dilihat sudah hampir mencapai kata sepakat dalam membentuk kerjasama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×