Warga emas meninggal dunia ketika lakukan akitiviti mendaki

Warga emas meninggal dunia ketika lakukan akitiviti mendaki

SEPASUKAN anggota bomba membawa turun mayat seorang warga emas yang meninggal dunia ketika sedang melakukan aktiviti mendaki di Moongate Trail, berhampiran Taman Botani, Pulau Pinang.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang lelaki warga emas dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa sedang melakukan aktiviti mendaki di Moongate Trail, berhampiran Taman Botani di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.56 pagi.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal kemudian diarah ke lokasi untuk memberikan bantuan.

“Setibanya di sana, bantuan pernafasan (CPR) cuba diberikan kepada mangsa yang tidak sedarkan diri itu.

“Bagaimanapun, mangsa, Lim Kee Wan, 60, telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Jelas beliau, mangsa seterusnya dibawa turun ke kaki bukit dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN