KUALA LUMPUR: UMNO sekali lagi mengingatkan komponen Kerajaan Perpaduan untuk tidak menerima permohonan keahlian oleh bekas ahlinya. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu tidak wajar dilakukan oleh mana-mana parti yang membentuk kerjasama sebagai kerajaan. “UMNO berasakan tiada kewajaran untuk parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan mengambil mana-mana ahli di kalangan parti-parti dalam gabungan. “(Ini) untuk mengelakkan tercetusnya prasangka dan ketidak-harmonian dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di sini malam ini. Peringatan tersebut dipercayai merujuk kepada tindakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya