UiTM, UMNO Hang Tuah Jaya perkasa remaja perempuan melalui pendidikan kesihatan - Utusan Malaysia

UiTM, UMNO Hang Tuah Jaya perkasa remaja perempuan melalui pendidikan kesihatan

Bersama Hasnoor Sidang Hussin setelah beliau selesai merasmikan program Advocating the Communities: Her Health, Her Power
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya baru-baru ini bekerjasama dalam membuat kelainan dengan menganjurkan program advokasi kesihatan remaja perempuan Her Health, Her Power yang diadakan di Melaka.

Program tersebut merupakan inisiatif pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Komunikasi Antarpersonal bagi meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan haid dan membetulkan mitos yang masih berlegar dalam masyarakat.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Wira Hasnoor Sidang Hussin, yang turut menyampaikan ucapan sokongan terhadap peranan generasi muda dalam menggerakkan pendidikan kesihatan.

Menurut penganjur, program tersebut menyasarkan seramai 35 orang remaja perempuan peserta berusia 11 hingga 17 tahun dari Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak Yatim & Miskin (PAYASUM)

Fokus Pemerkasaan Remaja dan Komuniti Dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Menses Health Organisation (MHO)

Pengurus projek, Putri Nur Izzati berkata, program tersebut membawa misi yang lebih besar daripada sekadar pendidikan, malah untuk memberi keyakinan kepada remaja perempuan dalam memahami tubuh badan mereka dengan lebih baik.

“Program ini bukan sekadar untuk menyebarkan ilmu, tetapi untuk menanamkan sifat yakin dalam diri remaja perempuan agar mereka sentiasa terbuka dalam menerima perubahan yang berlaku pada diri mereka,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah, Sharifah Yuliana turut berharap agar program tersebut dapat diteruskan dengan lebih meluas pada masa hadapan, di samping membantu mahasiswa membina kemahiran berkomunikasi.

“Melalui projek seperti ini, mahasiswa dapat memainkan peranan penting sebagai pemangkin perubahan sosial dalam menyampaikan mesej kesihatan yang signifikan kepada masyarakat, sekali gus membina kemahiran berkomunikasi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN