KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak melumpuhkan kegiatan penyeludupan produk ubat-ubatan/ herba hasil pemeriksaan ke atas sebuah Land Rover di Daerah Bau pada 11 Julai lalu. Komander PGA Briged Sarawak SAC Che Ghazali Che Awang berkata kenderaan itu ditahan oleh pasukan dari Infantri Batalion 11 PGA Kuching kira-kira pukul 7 pagi kerana disyaki membawa produk berkenaan tanpa kelulusan yang sah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. “Pasukan serbuan telah menahan seorang…










