Trump bukan penyokong peperangan

Trump bukan penyokong peperangan – Marco Rubio

MARCO RUBIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio menyifatkan Presidennya, Donald Trump bukan penyokong kepada peperangan.

Ini kerana jelasnya sehingga kini, AS tidak melihat sebarang kemajuan bagi menamatkan peperangan di Ukraine.

Katanya lagi, bagaimanapun pihaknya akan terus mencari jalan untuk menamatkan peperangan berkenaan.

“Beliau kecewa dengan ketiadaan kemajuan terhadap perang yang sepatutnya tidak berlaku langsung. Perang ini sangat memakan kos dan berdarah. Presiden mahu menamatkan peperangan.

“Beliau bukan penyokong peperangan. Beliau melihat perang sebagai satu pembaziran masa dan nyawa. Oleh itu, kami akan terus berusaha sebaik mungkin dan terlibat dalam apa jua cara yang produktif untuk menamatkan peperangan ini,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Tiga Hala di antara AS, Jepun dan Filipina di sini, hari ini.

Sebelum ini, Trump mengakui perbualan telefon dengan Presiden Russia, Vladimir Putin tidak menunjukkan sebarang kemajuan untuk menamatkan perang di Ukraine.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN