Tragedi konvoi: Seorang lagi maut selepas 22 jam bertarung nyawa

Tragedi konvoi: Seorang lagi maut selepas 22 jam bertarung nyawa

KEADAAN sebahagian motosikal membabitkan pelajar KPTM Bangi yang terbabit nahas di Kilometer 262.5 PLUS arah utara di Seremban, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lagi pelajar yang terbabit nahas ketika berkonvoi pulang daripada makan malam di Kilometer 262.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, meninggal dunia awal pagi tadi setelah kira-kira 22 jam bertarung nyawa.

Muhammad Iman Rusidi, 19, yang juga pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi, Selangor menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar, kira-kira pukul 12.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, punca kematian adalah disebabkan oleh severe traumatic brain injury (kecederaan pada otak).

“Seorang lagi yang terbabit nahas masih dirawat di ICU hospital yang sama dan siasatan lanjut berkenaan kes ini masih berjalan,” katanya.

Semalam, tiga pelajar KPTM Bangi maut selepas terbabit dalam nahas 17 kenderaan termasuk sebuah lori dan sebuah kereta.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, pelajar yang maut ialah Afkar Fitri Affendi, 20; Aliff Syahmi Abdul Hakim, 18, dan Haris Azib Sulaiman, 21.

Kesemua yang maut mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Seramai 12 penunggang motosikal yang lain dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan dengan dua daripadanya mengalami kecederaan parah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN