‘Tidak timbul mahu jawatan lain, tugas Naib Presiden Pas sudah cukup berat’

‘Tidak timbul mahu jawatan lain, tugas Naib Presiden Pas sudah cukup berat’

 AHMAD Samsuri Mokhtar bercakap kepada pemberita  selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRK) Jertih di Besut, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau tidak berhasrat bertanding jawatan-jawatan lebih tinggi dalam Pas kerana tugas dan tanggungjawab sebagai Naib Presiden parti itu yang dipikulnya ketika ini sudah cukup berat.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, justeru tidak timbul beliau mahu jawatan-jawatan lain pada pemilihan parti berkenaan sempena muktamar tahunan Pas di Kedah, September ini.

“Saya telah beritahu sebelum ini, jawatan yang ada sekarang Ini (Naib Presiden) bagi saya berat untuk dipikul.  Jadi tak ada timbul untuk saya nak jawatan-jawatan lain,” katanya selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRK) Jertih, di sini hari ini.

Mengulas kesediaan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, Ahmad Samsuri berkata, keputusan itu bergantung kepadanya sendiri. 

“Biar beliau membuat  keputusan sendirilah. Sama ada nampak ke tak nampak dia akan buat keputusan yang seratus peratus di atas pertimbangan beliau,” katanya.

Beliau berkata, pencalonan  Mohd. Amar bertanding jawatan itu tidak menjejaskan pucuk kepemimpinan Pas.

Katanya, Pas  berdepan dengan pelbagai muktamar dan pemilihan sejak sekian lama dan sekiranya berlaku perubahan, parti masih boleh terus bergerak ke depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN