Tiada sebab Abdul Hadi tidak kekal - Dewan Ulama Pas

Tiada sebab Abdul Hadi tidak kekal – Dewan Ulama Pas

AHMAD Yahaya (dua dari kanan) dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan di PUTIK, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dewan Ulama Pas membuat ketetapan bahawa kepemimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang masih diperlukan bukan sahaja di peringkat parti, malah negara dan dunia.

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, perkara tersebut telah ditegaskan dalam kenyataan rasmi beliau sebagai mewakili dewan berkenaan dengan mengambil kira pengalaman, ilmu serta jalinan hubungan antarabangsa ada pada Abdul Hadi.

“Ayat mudahnya adalah tidak ada sebab untuk Tok Guru (Abdul Hadi) tidak dikekalkan sebagai Presiden Pas. Insya-Allah Pas di seluruh negara akan mengekalkan Tok Guru sebagai Presiden dan tidak pernah timbul soal pertukaran jawatan utama itu.

“Di mana-mana peringkat parti, kita tidak dengar langsung ada mana-mana pihak mahu muka baharu sebagai Presiden,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Ahmad berkata, Pas bagaimanapun kekal bersifat terbuka dan tidak pernah membataskan mana-mana jawatan dipertandingkan, bahkan telah ditetapkan dalam perlembagaan parti bahawa Pas memberi hak kepada mana-mana hali untuk dipilih atau memilih.

Katanya, tidak ada halangan bagi mana-mana Pas kawasan untuk mencadangkan atau mencalonkan sesiapa sahaja untuk sebarang jawatan.

“Pertandingan bagi jawatan di peringkat Pusat ini akan berlaku bila ada ramai calon. Di sudut jumlah pencalonan pula, seingat saya setiap individu memerlukan minimum 15 atau 20 pencalonan untuk melayakkan dia bertanding. Saya tidak ingat secara tepat kerana ada formula tersendiri digunakan jawatankuasa pemilhan dalam menentukan perkara ini.

“Kemudian individu dicalonkan akan diberikan kebebasan untuk memilih sama ada kekal bertanding atau menarik diri. Namun yang kerap berlaku sebelum ini adalah individu dicalonkan memilih untuk memberi laluan kepada pihak lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN