Tiada punca air sebabkan operasi pemadaman kebakaran hutan simpan Genting sukar

Tiada punca air sebabkan operasi pemadaman kebakaran hutan simpan Genting sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR : Tiada punca air di lokasi menyukarkan operasi pemadaman kebakaran melibatkan kawasan hutan simpan seluas 56 ekar di Jalan Genting oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Satu panggilan kecemasan diterima pihaknya kira-kira pukul 6.34 petang semalam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, siasatan awal komander operasi di lokasi mendapati kebakaran melibatkan hutan simpan dengan keluasan dianggarkan lapan ekar.

“Bagaimanapun, tiada laluan masuk ke lokasi menyebabkan kerja-kerja pemadaman tidak dapat dilakukan pada awalnya.

“Anggota bomba bertugas kemudian menemui laluan masuk sekitar pukul 9 malam dan ketika itu kebakaran telah merebak sehingga 50 ekar,” katanya dalam kenyataan sini hari ini.

Katanya, Pusat Kawalan Bomba (PKB) dibuka sekitar pukul 9 malam tadi bagi menyelaras operasi terbabit.

Operasi melibatkan tujuh anggota dengan kekuatan satu jentera FRT bersama komander operasi serta komander operasi kanan.

“Atas faktor keselamatan dan tiada punca air, pasukan bomba mengambil keputusan menangguhkan pemadaman.

“Setakat pukul 2 petang kebakaran telah merebak satu lagi ekar menjadikan keluasan keseluruhan 56 ekar,”jelasnya.

Tambah beliau, kerja-kerja pemadaman kini sedang giat dilakukan di lokasi.

“Kita juga sedang menunggu bantuan unit udara JBPM untuk melakukan pemadaman dari udara, manakala pasukan khas STORM turut digerakkan ke lokasi bagi membantu.

“Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan,”katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN