MELAKA: Walaupun hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang lelaki mampu menubuhkan syarikat membina bot gentian kaca yang semakin meningkat naik. Faizal Amirul Salehodin, 44, usahawan pembuatan bot gentian kaca di Kampung Gelam, Tanjong Kling dekat sini kini bersyukur usahanya sejak 14 tahun lalu kini membuahkan hasil yang cukup lumayan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Faizal Amirul atau lebih mesra dipanggil Jai tidak menyangka usaha gigihnya menceburi bidang pembuatan dan membaikpulih…