KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada elemen jenayah dikesan dalam siasatan kes tender pembinaan MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini siasatan kes tersebut lebih terarah kepada aspek tatakelola yang diuruskan oleh kementerian berkenaan. “Kertas siasatan sudah dibuka dan setakat ini, tiada elemen jenayah dikesan. Penyiasatan kes dijalankan lebih tertumpu kepada aspek tatakelola. “Terdapat kesilapan apabila ada…