Teguran yang baik kita ambil - Syafie Naswip - Utusan Malaysia

Teguran yang baik kita ambil – Syafie Naswip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Syafie Naswip memilih untuk tidak mengulas mengenai teguran pendakwah bebas, PU Syed gara-gara watak perempuan yang dilakonkannya dalam sebuah drama, baru-baru ini.

Kata Syafie, meskipun tidak tahu menahu mengenai teguran tersebut, dia enggan memberi komen dan berharap sebarang kekeliruan dapat diajukan kepada pengarah atau penerbit drama berkenaan.

“Saya tak ada komen mengenai isu ini. Seeloknya sebarang persoalan diajukan kepada penerbit atau pengarah. Atau mungkin boleh tonton dahulu drama ini nanti.

“Tapi, adalah lebih baik saya tidak bercakap apa-apa mengenainya buat masa ini. Apa pun, nasihat yang baik itu kita ambil,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Syafie menerusi beberapa gambar dan video di Instagram berkongsi mengenai watak Awin yang dilakonkannya dalam drama Hello Bam Bam yang masih dalam proses pembikinan.

Susulan itu, PU Syed tampil melayangkan teguran berkenaan watak itu yang menyalahi agama kerana dilakonkan pelakon lelaki.

Pendakwah bebas itu, yang mengakui mengagumi bakat lakonan Syafie, berharap pelakon tersebut sedar akan kesalahan melakonkan watak berlainan jantina.

“Islam menegah perkara ini, bahkan Nabi Muhammad SAW melaknat perbuatan menyerupai jantina lain,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN