KUALA LUMPUR: Erma Fatima, menolak hasrat adiknya iaitu pelakon, Umie Aida yang ingin melihat pengarah tersebut sekali lagi berkahwin.
Erma, 57, menegaskan tidak akan berumah tangga lagi kerana selesa hidup tanpa suami.
“Mengenai tekanan darah itu engkau orang boleh percaya, tetapi tentang cari jodoh itu mengarut.
“Jangan terpedaya! Dia (Umie) ingat kakak dia ini umur 19 tahun…gila!
“It will never happened! No men No Cry ….Tak ada dalam senarai hidup aku untuk cari pengganti,” tulisnya di Instagram.
Umie menerusi TikTok baru-baru ini berkongsi kebimbangan terhadap masalah darah tinggi yang dihidapi Erma.
Justeru pemilik nama sebenar Umi Khalsum Rahmad Ali, 51 itu merancang untuk mencarikan kakanya itu peneman hidup agar kesihatannya lebih terjamin.
Erma sebelum ini pernah bergelar isteri kepada pengarah Bade Haji Azmi pada tahun 1991. Mereka bagaimanapun bercerai 17 tahun kemudian. – UTUSAN