Golongan muda penting dalam usaha banteras rasuah - Utusan Malaysia

Golongan muda penting dalam usaha banteras rasuah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Penutupan Program Sidang Kemuncak Antarabangsa Pemimpin Muda Masa Hadapan 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Golongan muda perlu menjadi barisan hadapan dalam perjuangan menolak rasuah bagi membina masa depan negara yang lebih bersih, adil dan berintegriti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan sebenar tidak hanya bergantung kepada dasar kerajaan, sebaliknya memerlukan keberanian generasi muda untuk bersuara dan bertindak menentang segala bentuk penyelewengan.

“Inilah sebabnya saya sering bercakap tentang pentadbiran yang baik, tentang tadbir urus. Kepimpinan mesti bersih dan perlu hentikan semua perkara tidak berfaedah ini. Hentikan rasuah dalam negara kita.

“Betul saya perlukan sokongan anak muda. Anda mesti menjadi peneraju. Anda mesti berkata tiada lagi rasuah di negara ini, tiada penyeludupan, tiada sindiket,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap dalam program In-Conversation With Prime Minister sempena Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Antarabangsa (iFUTURE 2025) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur..

Beliau turut menjelaskan pelbagai langkah diambil kerajaan bagi memastikan negara bebas rasuah, termasuk mengutip semula RM15.5 bilion wang diseleweng untuk disalurkan semula kepada rakyat menerusi pelbagai bentuk subsidi.

“Sekarang, disebabkan itu, saya dapat memulakan sesuatu yang sangat dekat di hati saya, iaitu pendidikan seharusnya percuma.

“Jadi saya mulakan, bukan dengan cara yang radikal, tetapi secara berperingkat bagi memastikan pelaksanaannya berjalan dengan baik.

“Mulai tahun depan, golongan miskin tegar di negara ini akan menikmati pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti. Dan, Insya-Allah, jika tadbir urus negara kita baik, kita akan bergerak sedikit demi sedikit ke arah itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN