KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 31, menyifatkan Syed Saddiq sebagai lelaki ‘green flag’ yang baik hati.
Bella menerusi podcast kitsui baru-baru ini berkata dia bahagia menjadi teman rapat kepada Ahli Parlimen Muar itu.
“Saya bahagia, dia baik hati dan lelaki ‘green flag’.
“Bila jumpa dan tengok Syed Saddiq ibarat berjumpa dengan lelaki versi Bella Astillah,” katanya.
Jawapan Bella itu merupakan respons kepada soalan yang diajukan adik Syed Saddiq, Syed Abdullah kepada Bella mengenai hubungan mereka.
Syed Saddiq dan adik kepada Bella, Didi Astillah turut diundang tetamu dalam podcast tersebut.
Bella dan Syed Saddiq mencuri perhatian masyarakat selepas keduanya dilantik sebagai duta jenama pakaian raya tempatan tahun ini.
Keduanya sehingga ke hari ini tidak mengesahkan mengenai status hubungan mereka. – UTUSAN