Sunway Construction sahkan kakitangan disiasat SPRM

Sunway Construction sahkan kakitangan disiasat SPRM

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sunway Construction Group Bhd: (SunCon) mengesahkan seorang kakitangannya sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan urusan dengan sub-kontraktor yang tidak dinamakan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu menegaskan bahawa siasatan ini adalah ‘terpencil’ dan tidak melibatkan cara SunCon memperoleh kontrak daripada pelanggan mereka. 

Syarikat itu memaklumkan juga tidak memberi sebarang impak kewangan atau operasi kepada syarikat. 

SunCon menyatakan mereka memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan kini sedang mendapatkan nasihat guaman berkaitan tindakan selanjutnya terhadap kontrak dan pihak tertentu.

Pengumuman ini hadir selepas operasi SPRM yang dinamakan Op Ways, berhubung dakwaan rasuah dalam projek pembinaan pusat data bernilai RM180 juta di Johor. 

Seorang pengurus syarikat pembinaan, isterinya dan dua lelaki telah ditahan, dengan penemuan wang tunai RM7.5 juta, barang kemas mewah, jam tangan dan jongkong emas di rumah mereka di Petaling Jaya. 

Suspek didakwa cuba membakar hampir RM1 juta wang tunai semasa serbuan berlaku.

Dua syarikat juga dikenal pasti oleh SPRM kerana dipercayai memperoleh projek pusat data dengan memberi rasuah kepada pengurus projek.

Ekoran berita, saham SunCon menjadi paling rugi dan paling banyak diniagakan di Bursa Malaysia pada Isnin. 

SunCon merupakan kaunter paling rugi dan paling aktif didagangkan di Bursa Malaysia pada hari Isnin. 

Kaunter itu jatuh sebanyak 17.56 peratus sebelum mengurangkan sedikit kerugian untuk didagangkan pada RM5.31, masih susut 11.2 peratus berbanding penutupan hari Jumaat iaitu RM5.98.

Operasi SPRM tersebut telah membawa kepada penahanan seorang pengurus syarikat pembinaan, bersama isterinya dan dua lelaki di Lembah Klang, yang dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah berkaitan perolehan projek pembinaan pusat data tersebut.

Serbuan oleh agensi berkenaan di rumah pengurus itu turut membawa kepada penemuan kira-kira RM7.5 juta wang tunai, jam tangan mewah, barang kemas dan syiling emas di kediamannya di Petaling Jaya.

Menurut laporan, suspek sedang dalam proses membakar hampir RM1 juta wang tunai ketika serbuan dilakukan.

SPRM turut mengenal pasti dua syarikat yang disyaki memperoleh projek pembinaan pusat data dengan memberi rasuah kepada pengurus projek, menurut laporan.

SunCon telah menarik perhatian pelabur sejak tahun lalu susulan beberapa kejayaan memenangi projek pusat data, dengan buku pesanan tertunggak hampir RM8 bilion direkodkan setakat bulan lalu.

Walaupun berlaku penjualan pada hari Isnin, kaunter itu masih mencatat kenaikan hampir 17 peratus setakat tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN