PUTRAJAYA: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bimbang terhadap kekuatan ummah yang semakin runtuh disebabkan perlakuan umat Islam dan orang Melayu yang saling membuka kelemahan serta mencemarkan imej sesama sendiri. Baginda bertitah, pada ketika ini mereka semakin berlumba-lumba untuk mendedahkan kelemahan sesama sendiri, saling melukis wajah siapa yang lebih hodoh, saling menepuk air di dulang untuk terpercik di muka sendiri. Titah baginda, jika keadaan ini berlarutan, umat Islam dan orang…