KUALA NERUS: Walaupun permintaan terhadap belacan tradisional tinggi, pengusahanya berdepan kesukaran mendapatkan bahan mentah utama iaitu udang geragau, terutama ketika musim tengkujuh. Mohd. Aimi Shahril Mat Ali, 24, yang mengusahakan perniagaan belacan warisan keluarga di Kampung Seberang Takir di sini berkata, kekurangan bekalan udang geragau menyebabkan pengeluaran produk terjejas, sekali gus menyukarkannya memenuhi tempahan pelanggan. “Ketika ini saya hanya mampu menghasilkan kira-kira 400 keping belacan sehari, berbanding 700 keping sebelum…