SST: Persatuan perniagaan digesa jumpa kerajaan

SST: Persatuan perniagaan digesa jumpa kerajaan

MOHAMAD Hasan hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat di Dewan Sri Jugra, Kuala Langat, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Persatuan perniagaan digesa berjumpa dengan kerajaan sekiranya pelaksanaan peluasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ketika ini membebankan pemegang taruh atau pelanggannya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan terbuka untuk berunding dengan mana-mana pihak sekiranya mereka merasakan barangan yang dikeluarkan ahli persatuan mereka patut dikecualikan daripada cukai tersebut.

“Walaupun kerajaan sedang melaksanakan peluasan ini, tidak bermakna kerajaan menutup rapat rundingan kepada mana-mana pihak sekiranya mereka merasakan ada barangan keperluan asas yang perlu dikecualikan daripada cukai ini supaya kos sara hidup rakyat terbanyak sehingga membebankan mereka.

“Itu hari kita tengok buah epal, oren dan kurma telah dikecualikan daripada SST ini. Jadi, kita bersedia berunding asalkan pihak tersebut boleh membawa sebab kukuh untuk kerajaan boleh membuat pertimbangan supaya SST tidak dikenakan ke atas barangan serta perkhidmatan yang diminta mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat di Dewan Sri Jugra, di sini, hari ini.

Semalam Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan SST perlu dilaksana dengan pendekatan yang lebih fleksibel khususnya bagi barangan makanan asas.

Menurutnya, beliau sendiri telah menyuarakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya buah epal, oren dan kurma dikecualikan daripada cukai tersebut dengan Kabinet bersetuju supaya SST tidak dikenakan ke atas tiga bahan makanan berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pendidikan untuk bertemu kerajaan sekiranya menerima laporan ibu bapa berhubung kenaikan barangan peralatan persekolahan.

“PIBG boleh maklum pada pertubuhan ini berhubung masalah itu supaya ia boleh disuarakan kepada pihak kerajaan. Saya rasa kerajaan boleh mempertimbangkan,” katanya.

Semalam sebua portal berita melaporkan dakwaan parti MCA bahawa kos perbelanjaan persekolahan murid meningkat disebabkan SST dikenakan ke atas alat tulis serta buku latihan serta buku teks. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN