REMBAU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjangkakan permintaan buah-buahan tempatan akan meningkat susulan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import. Ketua Pengarahnya, Abdul Rashid Bahri berkata, trend semasa menunjukkan perubahan termasuk pihak katerer yang mula menggantikan buah import dengan buah-buahan tempatan dalam sajian mereka. Menurutnya, buah-buahan tempatan seperti pisang dan nenas kini menjadi pilihan utama pihak katerer bagi majlis-majlis rasmi kerajaan, menggantikan buah import seperti epal, oren dan anggur. “Walaupun tiada angka rasmi dikeluarkan namun FAMA menerima banyak pertanyaan dan permintaan bekalan buah-buahan tempatan daripada penganjur program kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya