KUANTAN: Tiga pegawai kanan polis termasuk seorang yang sudah bersara ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM110,000 sebagai balasan tidak mengganggu dan melindungi kegiatan pengedaran dadah dan air ketum sekitar negeri ini. Perintah tahanan reman selama tujuh hari sehingga 4 Ogos ini terhadap ketiga-tiga suspek dikeluarkan Majistret Tan Chiew King selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Temerloh pagi ini.…









