REMBAU: Seorang siswazah dalam bidang syariah muamalat mampu mencatatkan jualan sehingga RM30,000 sebulan bagi empat jenis benih ikan. Muhammad Arif Mohd Yasin, 33, juga merupakan satu-satunya bumiputera di negeri ini yang menawarkan khidmat penetasan berskala komersial bagi benih ikan keli, baung, patin dan tilapia Katanya, dia sejak awal tidak kekok mengusahakan perniagaan itu kerana telah membantu ibunya Fatimah Awang, 61, dan bapanya Mohd. Yasin Mohd. Said, 67, menternak ikan sejak…










