JOHOR BAHRU: Satu sindiket pengedaran dadah termasuk bunga ganja ditumpaskan apabila dalang dan dua ahlinya ditahan dalam lima serbuan berasingan polis di sekitar bandar raya ini, Khamis lalu. Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, dalam serbuan itu pelbagai jenis dadah bernilai RM3.55 juta dirampas daripada ketiga-tiga suspek berusia antara 32 hingga 39 tahun. “Modus operandi sindiket ini adalah menjadikan rumah dan bilik sewa di kawasan perumahan berpagar dan berpengawal…










