Sim Tze Tzin dilantik Pengarah Strategi PKR

Sim Tze Tzin dilantik Pengarah Strategi PKR

SIM Tze Tzin pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2007.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Lepas, Sim Tze Tzin dilantik Pengarah Strategi PKR yang sebelum ini disandang Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasir.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik PKR hari ini.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat juga memutuskan pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negara (MPN) seluruh negara.

Pengumuman itu menyaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menggantikan Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh sebagai Pengerusi MPN PKR Johor.

Pengumuman menyaksikan dua Setiausaha Politik Perdana Menteri mengetuai pimpinan PKR negeri iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin (Melaka) dan Datuk Ahmad Farhan Fauzi (Pahang).

Seorang lagi Datuk Azman Abidin pula kekal mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution dilantik mengetuai PKR Kedah manakala dua Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari serta Datuk Seri Aminuddin Harun masing-masing kekal mengepalai PKR Selangor serta Negeri Sembilan.

“Biro Politik telah mendapat pandangan Presiden, Datuk Seri  Anwar Ibrahim, berhubung panggilan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump pagi tadi serta hasrat beliau untuk mengumumkan tarif timbal balik esok,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN