Selangor, Sarawak catat IPU tidak sihat 

Selangor, Sarawak catat IPU tidak sihat 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 4 petang hari ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang terjejas adalah di kawasan Johan Setia, Selangor dengan bacaan IPU 151 dan Kuching, Sarawak (116).

Sebanyak 60 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana iaitu antara 51 hingga 100 manakala lima kawasan mencatatkan bacaan baik bawah 50. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Lima kawasan merekodkan kualiti pada keadaan baik ialah Pulau Pinang (48), Pahang (35), Perlis (41); Kulim, Kedah (47) dan Langkawi, Kedah (36).

“Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya),” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN