Selangor FC gagal menang kerana JDT

Selangor FC gagal menang kerana JDT

Kerajaan negeri akan mengambil langkah untuk mengembalikan semula kegemilangan SELANGOR FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Sela­ngor mengakui pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan penghalang utama Selangor FC (SFC) menjuarai Liga Super dan Piala Malaysia dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Exco Belia, Sukan dan Ke­usahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, ia me­rupakan satu cabaran kepada SFC bagi meraih dua kejuaraan tersebut.

Justeru katanya, pe­ngu­rusan SFC sedang berusaha memperkuatkan pasukan bagi sai­ngan musim bolasepak musim ini.

“Apa yang baik daripada JDT kita ambil seperti program latihan yang dipraktikkan oleh JDT, kita boleh contohi dan ambil.

“Walaupun JDT menjadi penghalang, kita akan terus berusaha sehingga boleh menggapai kesemua kejua­raan yang dipertandingkan dalam liga bolasepak negara ini,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Noor Najhan Moha­mad Salleh pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Se­langor, semalam.

Noor Najhan bertanyakan kepada Mohd. Najwan perkara yang menghalang pasukan Red Giants untuk menggapai kejuaraan bola sepak di negara ini, seperti zaman kegemila­ngan pasukan tersebut ketika tahun 90an.

Menjawab soalan Noor Najhan adakah SFC akan mengambil pendekatan Persa­tuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil pemain warisan bagi mewakili Malaysia, beliau menjawab, SFC mengambil pendekatan ­hybrid iaitu mengutamakan pengambilan pemain tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN