TENOM: Sebanyak RM1.026 juta diluluskan kepada 94 koperasi di seluruh negara di bawah Program Jejak Koperasi sebagai persiapan menghadapi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, pembiayaan tersebut adalah sebahagian daripada peruntukan RM2 juta yang disediakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi pelaksanaan program melibatkan penyertaan 160 koperasi. Katanya, Program Jejak Koperasi merupakan inisiatif khas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk membantu…










