PETALING JAYA: Perdana Menteri mengucapkan selamat Hari Kemerdekaan Sarawak yang ke-61 buat seluruh anak bumi kenyalang itu. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 22 Julai merupakan adalah satu tanda yang terukir kukuh dalam lipatan persejarahan negara bangsa ini. Oleh itu, beliau merakamkan ucapan tersebut buat seluruh anak Sarawak iaitu dari Limbang ke Lundu dan dari Bintulu ke Betong. “Faktanya, Sarawak adalah jiwa dan nadi Malaysia. Sama ada di pedesaan dan pedalaman…