Sanusi cadang tanam buluh madu, bina tebing tanah di Sungai Korok

Sanusi cadang tanam buluh madu, bina tebing tanah di Sungai Korok

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor menyerahkan replika kunci kepada pemilik rumah sempena Majlis Penyerahan Kunci Mutiara Bandar Puteri Jaya Fasa 7 di Sungai Petani, Kedah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kerajaan Kedah mencadangkan menanam buluh madu dan membina tebih tanah sebagai langkah alternatif yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko kemalangan di Sungai Korok, Jitra susulan tragedi meragut nyawa enam beranak di sungai itu, Sabtu lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, selain pemasangan pagar penghadang dan lampu jalan, penanaman buluh madu berpotensi menjadi langkah penahan yang lebih jimat dan mesra alam terutamanya di kawasan yang masih memiliki rizab tanah mencukupi di tepi sungai.

“Sungai Korok di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di mana jalannya lurus. Kelmarin ada dibincangkan sikit, ramai yang mencadangkan supaya diletakkan penghadang.

“Tetapi saya ada cadangkan juga supaya tanam buluh madu sebagai penahan dan landskap. Saya akan cadangkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai perkara ini,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Mutiara Bandar Puteri Jaya Fasa 7, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, buluh madu berbeza daripada buluh lemang kerana spesies itu lebih sesuai digunakan sebagai penghadang dan harganya juga jauh lebih murah berbanding pemasangan penghadang.

“Kos pasang penghadang cecah RM400,000 untuk satu kilometer (km). Kalau sepanjang 15km, sudah cecah RM6 juta. Cuma buluh yang ditanam lambat sikit matang, tetapi kalau penghadang pun jika tidak ada duit lagi lambat hendak pasang, mungkin tidak jadi langsung,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada JKR untuk pertimbangan teknikal mengikut kesesuaian lokasi memandangkan tidak semua kawasan sesuai dipasang penghadang.

“Ada kawasan tertentu yang tanahnya masih luas, sesuai tanam buluh. Tapi kalau kawasan sempit dan berisiko, mungkin kena pasang penghadang. Kita kena tengok keperluan dan kemampuan juga,” katanya.

Beliau berkata, ada juga cadangan daripada pihak tertentu agar dibina tebing tanah sebagai penghadang fizikal memandangkan jalan itu lurus dan kenderaan boleh dihentikan dengan berkesan sekiranya ada tembok tanah di pinggir sungai.

“Kalau buat tebing tanah, dengan kelajuan 50km sejam mungkin tidak sempat jatuh sungai, akan berhenti di tembok itu. Itu pun salah satu cadangan yang kita akan pertimbang. 

“Kita beri cadangan berdasarkan keupayaan kewangan. Tetapi memang ada keperluan untuk keselamatan orang ramai,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan akan meneliti cadangan memasang penghadang dan lampu jalan di sepanjang laluan bersebelahan Sungai Korok susulan tragedi mengorbankan enam beranak, Sabtu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN