Sambutan rasmi kenang jasa Tun M patut diadakan - Wan Saiful

Sambutan rasmi kenang jasa Tun M patut diadakan – Wan Saiful

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sambutan dan acara rasmi khusus untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir wajar diadakan dibawah kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sambutan rasmi perlu diadakan sebagai penghargaan kepada negarawan itu dan bukan sekadar ucapan daripada pemimpin.

Malah beliau yang mempersoalkan ketiadaan majlis sambutan rasmi berkata, ucapan penghargaan semata-mata tidak mencukupi untuk menghargai jasa dan pengorbanan Dr. Mahathir.

“Bagaimanapun saya tertanya-tanya kenapa tiada acara rasmi anjuran negara untuk meraikan tarikh yang begitu bermakna buat seorang negarawan.

“Yang ada hanya ucapan-ucapan peribadi daripada pemimpin kerajaan. Bagi saya ini tidak cukup. Tak kira kawan atau lawan, tiada siapa boleh menafikan bahawa Tun Mahathir adalah negarawan.

“Sepatutnya ada majlis rasmi yang tak perlu besar-besaran pun anjuran kerajaan bagi pasangan suami isteri lagenda ini. Biar kecil tak apa, asalkan ada,” katanya menerusi Facebooknya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN