KUALA LUMPUR: Tindakan memperluas kuasa mengakses maklumat pesakit kepada semua pegawai polis tanpa pengecualian adalah tidak wajar dan boleh menjejaskan kerahsiaan pesakit. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata (PN-Machang) berkata, langkah tersebut berisiko menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengamal perubatan untuk berkongsi maklumat rawatan secara terbuka. Katanya, selain itu ia mencemar profesionalisme bidang perubatan. “Seksyen 31A yang baharu memberi kuasa kepada menteri melantik sesiapa sahaja tanpa latihan dan tanpa akauntabiliti…










